37 cedera dalam perhimpunan solidariti GMR di Tebing Barat

RAMALLAH, 6 Apr 2018 — Pertempuran tercetus di seluruh Tebing Barat ketika penduduk Palestin berhimpun pada hari Jumaat kedua bagi solidariti kempen Great March of Return (GMR) di Gaza.

Semua 37 mangsa cedera ditembak dengan peluru hidup, peluru getah dan juga gas pemedih mata.

Kejadian berlaku di laluan masuk utara ke Ramallah dan al-Bireh, serta bandar-bandar Budrus, Bi’lin dan al-Mazra’a al-Gharbiya di Ramallah.

Dua kanak-kanak ditangkap dalam pertempuran di laluan masuk ke kota Beit Lahm, di mana pertempuran turut berlaku di bandar Tuqu’.

Perhimpunan rakyat Palestin turut diadakan di Kota Lama al-Khalil dan Qalqilya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts