430 Rumah Baharu Untuk Pendatang Yahudi

TEBING BARAT, 30 Jan 2015 (IMEMC) — Rejim Zionis semalam menerbitkan tawaran tender bagi membina 430 buah rumah baharu untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Pengumuman yang pertama kali dibuat sejak Oktober 2014 itu dilihat sebagai pembukaan kepada kemasukan beramai-ramai pendatang baharu. Sebuah NGO yang memantau aktiviti penempatan Yahudi, Teresstrial Jerusalem, menjangkakan banyak lagi pembinaan baharu akan diumumkan menjelang pilihanraya rejim Zionis pada 17 Mac ini.

Pengumuman terbaharu ini melibatkan pembinaaan di empat penempatan Yahudi sedia ada di Tebing Barat, iaitu sebanyak 112 buah di Adam, 156 di Elkana, 78 di Alfei Menashe dan 84 di Kiryat Arba.

Tawaran tender tersebut dikaitkan dengan kempen pilihanraya yang sedang berlangsung, di mana gandingan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu bersaing dengan parti-parti berhaluan kanan bagi meraih undi pendatang Yahudi.

“Pengumuman (tawaran tender) ini tidak mungkin sebuah insiden,” kata pemimpin Teresstrial Jerusalem, Daniel Seidemann. “Perkara ini tidak akan berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran Netanyahu.”

Penempatan Yahudi di Tebing Barat adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts