5 meninggal dunia, 16 cedera dalam rusuhan di Jenin dan Nablus

JENIN, 30 Jun 2016 (PIP) — Dua orang penduduk Palestin meninggal dunia dan dua yang lain cedera parah dalam konflik di Nablus awal pagi ini, beberapa jam setelah tiga yang lain meninggal dunia dan 13 lagi cedera dalam konflick bersenjata di perkampungan Yabud di Jenin.

Dalam kejadian di pinggiran timur Nablus, mangsa dikenali sebagai Adi Asyraf, 24, yang merupakan anggota pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Anan Tabuq, 26, seorang pegawai perisik PA.

Konflik di perkampungan Yabud dikatakan berlaku di antara keluarga Qabha dan Amarinah, di mana rumah-rumah dibakar dan harta benda yang lain dirosakkan. Konflik di antara keluarga Palestin itu berlarutan sejak sekian lama, sehingga menjadi semakin bahaya melibatkan senjata api dan senjata tajam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts