
GAZA, 19 Disember – Para pegawai perubatan Palestin berkata pada Sabtu (18/12) malam, Israel telah melakukan satu serangan udara sehingga menewaskan lima warga Palestin di sebelah timur Deir Al-Balah di tengah Jalur Gaza.
Media Ma’an News melaporkan jenazah lima orang pemuda Palestin yang terkorban tersebut telah dipindahkan ke Hospital Nasser, di Khan Younis, dan Hospital Al Aqsa di Dir Al Balah. Mereka merupakan penduduk Nuseirat dari kem pelarian di tengah Gaza. Jenazah yang telah dikenalpasti antaranya ialah Khalil At-Taweel, Ahmad Al Assar, Ashraf Abu Sabt and Abdullah Al Shareehy, dan Ahmas Al Za’lan. Menurut sumber, mereka yang syahid ini adalah kalangan anggota Briged Al-Quds dari Jihad Islam.
Israel mengatakan tentera mensasarkan serangan ke atas kumpulan pejuang yang cuba untuk melancarkan serangan menggunakan senjata ciptaan mereka sendiri ke atas tentera Israel. (mna/imc)