89 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Ogos 2018 — Seramai 89 pendatang Yahudi dan anggota perisikan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Pada awal pagi, pasukan polis Zionis dikerahkan ke seluruh perkarangan tapak suci umat Islam itu sebagai persiapan membawa penceroboh masuk.

Seramai 82 pendatang Yahudi berarak di situ sebelum melakukan ritual Talmud berdekatan Kubah as-Sakhra’. Pada masa yang sama, tujuh orang anggota pasukan perisikan Zionis turut menceroboh masuk.

Perkarangan Masjid al-Aqsa ditutup pada petang Jumaat dan para jemaah dihalang masuk untuk mendirikan solat Maghrib, berikutan insiden cubaan menikam seorang askar Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis.

Pemuda Ahmad Mahamid yang berasal dari kota Umm al-Fahm ditembak mati di Pintu al-Majlis berdekatan Masjid al-Aqsa, atas tuduhan cuba menikam seroang askar Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts