Zionis roboh perkampungan al-Araqib kali ke-97

GURUN NAQAB, 19 Apr 2016 (PIC) — Tentera Zionis dari unit Yasam pagi tadi sekali lagi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqib atas alasan dibina tanpa kebenaran, buat kali ke-97.

Pemipin perkampungan tersebut, Aziz Attouri memaklumkaa bahawa beberapa keluarga telah kehilangan tempat tinggal apabila kemah dan rumah mereka dirobohkan. Dianggarkan 110 orang Badwi Palestin tinggal di situ.

Pihak penjajah juga mendesak keluarga terbabit membayar jutaan shekel sebagai tuntutan kos kerja perobohan, termasuk untuk perobohan pernah mereka dilakukan sebelum ini.

Mahkamah Zionis juga akan mengenakan denda sebanyak 50,000 shekel setiap hari kepada penduduk yang masih kekal di situ.

Perkampungan badwi yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis ini pertama kali robohkan di pagi 27 Jun 2010. Sejak tarikh tersebut, perobohan berlaku berulang kali apabila penduduk membina semula kemah atau rumah mereka selepas setiap kali diroboh oleh pihak rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts