Zionis arah musnahkan tangki bekalan air sumbangan Kesatuan Eropah

AL-KHALIL, 18 Mei 2016 (WAFA) — Rejim Zionis mengeluarkan empat notis mengarahkan supaya tangki-tangki air yang digunakan untuk tujuan pertanian di kawasan utara dan timur bandar Beit Ummar dimusnahkan, atas alasan ianya terletak dalam Kawasan C Tebing Barat yang dikawal penuh oleh rejim.

Tangki-tangki milik petani Wahdi Hamdi Zamel Abu Maria, Jamil Muhammad Amer Abu Maria, Ghassan Muhammad Abed al-Aziz Brighith, dan Khalid Youssef Abed al-Majd Brighith digunakan untuk mengairi kebun seluas 30 dunum di Beit Zaata, al-Furdeis dan Thaghret al-Shabak. Ianya dibina pada tahun 2016 di bawah program pembangunan tajaan Kesatuan Eropah.

Sekiranya tidak dimusnahkan dalam tempoh tujuh hari, pihak Zionis akan memusnahkan struktur tersebut dan mengenakan kos pemusnahan ke atas pemiliknya.

Rejim Zionis dikatakan bertindak mengeluarkan arahan tersebut sebagai membalas dendam terhadap keputusan Kesatuan Eropah memaksa pelabelan produk keluaran 196 kawasan penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts