GAZA, 6 Sep 2016 (PIC) — Sekumpulan doktor Zionis memutuskan untuk memberi makan tahan mogok lapar Malek al-Qadhi, 20, secara paksa. Beliau melancarkan mogok lapar sejak 50 hari lalu.
Kenyataan Pusat Kajian Tahanan Palestin hari ini menyebut bahawa jawatankuasa etika di Pusat Perubatan Wolfson memutuskan tiga hari lalu untuk memaksa Malek makan apabila keadaan kesihatannya sangat meruncing.
Malek bagaimanapun menolak keputusan tersebut dan enggan dipaksa makan, menyebabkan para doktor menangguhkan rancangan mereka kerana bimbang berlaku lebih banyak komplikasi.
Menurut kenyataan pusat tersebut lagi, para doktor mungkin akan memaksa Malek makan setelah menjadikan beliau tidak sedar diri, sepertimana yang mereka pernah lakukan ke atas tahanan Mohamed Allan.
Malek tetap bertekad meneruskan mogok lapar sehinggalah semua tuntutan beliau dipenuhi.