Keluarga al-Quds dipaksa roboh bumbung rumah mereka

AL-QUDS, 26 Mac 2017 (Maan) — Keluarga Yousif Bukhtan dipaksa meroboh bumbung rumah mereka yang terletak di kejiranan Beit Hanina, atas alasan pembinaan bumbung itu tidak mendapat permit pihak Zionis.

Dinding rumah seluas 60 meter persegi itu dibina sejak beberapa tahun lalu, kemudian bumbungnya dibina selepas tiga tahun kemudian.

Sekiranya Yousif enggan meroboh bumbung tersebut, pihak Zionis akan merobohkan keseluruhan rumahnya dan beliau akan dikenakan bayaran kerja meroboh yang sangat tinggi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts