Zionis luluskan pembinaan pos penempatan haram baharu di Nablus

NAZARETH, 28 Mei 2017 (Maan) — Pihak pentadbiran awam Zionis hari ini meluluskan projek pembinaan sebuah pos penempatan baharu di selatan Nablus untuk memindahkan pendatang Yahudi yang diarah keluar pos Amona.

Pos baharu yang terletak di Lembah Istouna, digelar oleh Yahudi sebagai Lembah Shilo, itu sebelum ini telah diisytiharkan oleh rejim sebagai “tanah negara.”

Pada tahun 2014, Mahkamah Tinggi Zionis mengarahkan supaya pendatang Yahudi yang tiggal di Amona meninggalkan kawasan tersebut kerana dibina secara haram di atas tanah milik penduduk Palestin. Mereka bagaimanapun hanya keluar dari pos tersebut dua tahun kemudian, setelah pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu berjanji untuk membina penempatan lain untuk mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts