LEMBAH JORDAN, 21 Disember 2017 — Kementerian Pembinaan dan Perumahan Zionis bersama Jewish National Fund semalam mengumumkan rancangan penempatan baharu di utara Lembah Jordan, termasuk menggandakan bilangan pendatang Yaudi serta membina tiga lagi pos penempatan haram.
Penempatan haram itu akan dibina di Givat Sal’it, Bitronot, dan Given Eden. Rejim Zionis telah meluluskan perancangan dan bajet untuk tujuan tersebut.
Sehingga kini terdapat 20 penempatan haram di utara Lembah Jordan yang dihuni oleh sekitar 4,500 pendatang Yahudi.