14 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 20 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan di Tebing Barat malam tadi.

Operasi tentera Zionis menyasarkan tiga orang penduduk termasuk dua kanak-kanak Khaled Shteiwi, 13, dan Awad Ubaid, 14, dari Kafr Qaddum serta tiga yang lain dari bandar Azzoun di wilayah Qalqilya. Tiga orang diculik dari kem pelarian Fawar di wilayah al-Khalil, dan seorang lagi dari kem Nour Shams di Tulkarem.

Manakala bekas tahanan yang masih cedera, Omar Kawar, diculik dari rumah keluarganya di bandar al-Doha, barat Beit Lahm.

Di timur Nablus, peronda tentera Zionis menyerbu kem Balata dan menculik dua beradik Muhannad dan Khalil Ghatasha, serta saudara mereka Mohamed dari kem pelarian Fawar di selatan al-Khalil. Ketiga-tiga mangsa diheret ke pusat tahanan Etzion di utara al-Khalil.

Di Baitulmaqdis, tujuh pemuda diculik iaitu Wassim Iyad Dari, 16, Salah Bader Abu Asab, 18, Muhammad Marei Darbas, 18, Hussein Hamjum, 20, Mahmoud Saadi al-Rajbi, dan Abada Siyam bersama adiknya Abdullah Siyam.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts