2 wanita Palestin dihukum penjara hingga 5 tahun

GURUN NAQAB, 17 Apr 2019 — Mahkamah Zionis di Beersheba semalam menjatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun ke atas dua wanita Palestin, selepas dituduh menghasut dan merancang untuk menyerang pendatang Yahudi.

Pelajar universiti, Tasnim al-Asad, dihukum penjara selama lima tahun manakala sepupunya Rahma al-Asad selama empat-setengah tahun. Kedua-dua mereka berasal dari Gurun Naqab, dan ditangkap pada bulan Disember 2017.

Lebih 240,000 penduduk Palestin tinggal di Gurun Naqab, di mana separuh daripadanya tinggal di perkampungan-perkampungan yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis walaupun telah wujud sejak ratusan tahun lalu. Rejim Zionis cuba menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts