Aktivis kuil Yahudi bina altar sembelihan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 11 Dis 2018 — Kumpulan aktivis Yahudi yang bercita-cita melihat kuil mereka dibina di atas runtuhan Masjid al-Aqsa semalam mempamerkan sebuah altar yang mereka bina untuk ritual sembelihan haiwan.

Altar tersebut akan ditempatkan di kuil impian mereka itu apabila tapak suci umat Islam jatuh ke tangan mereka. Sejak berdekad lalu, mereka membuat persediaan untuk membina kuil dengan mencipta semula peralatan kuno yang kononnya digunakan dalam ritual-ritual sembelihan sempena perayaan Passover.

Semalam, aktivis terbabit cuba menggunakan altar tersebut selepas mendapat kebenaran dari pihak polis Zionis, tetapi terpaksa menghadkan upacara ritual apabila pihak perbandaran Zionis tidak benarkan mereka menyembelih haiwan di khalayak umum. Biri-biri korban tersebut akhirnya disembelih di lokasi lain.

Sehingga kini, mereka hanya boleh melakukan ritual sembelihan korban di atas altar kayu binaan sementara berdekatan kawasan Tembok Ratapan.

Namun aktivis kanan Shimshon Elboim menyebut bahawa apabila akhirnya pintu dibuka, mereka bersedia untuk membawa altar tersebut ke atas tapak suci al-Aqsa.

Beliau bertegas bahawa tindakan mempamer altar tersebut adalah untuk menyedarkan masyarakat Yahudi. “Ia satu proses yang perlahan tetapi terus bergerak, dan jika pihak berkuasa benarkan, besok kami boleh melakukan ritual penuh,” kata beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts