Al-Kadoorie – Universiti Yang Lengkap Dengan Zon Latihan Tentera!

Sekitar 7,000 siswazah belajar di Universiti Al-Kadoories setiap tahun, yang datang dari semua daerah di Tebing Barat dan juga Gaza.
Sekitar 7,000 siswazah belajar di Universiti Al-Kadoories setiap tahun, yang datang dari semua daerah di Tebing Barat dan juga Gaza.

TULKAREM, 18 Nov 2015 (ISM) — Sejak awal bulan Oktober lalu, tentera Zionis telah beberapa kali menyerang Universiti Teknikal Palestin Al-Kadoorie ketika para pelajar sedang mengikuti kelas pengajian dan juga peperiksaan.

Dalam satu mesyuarat kumpulan pelajar bersama Pengarah Hubungan Awam universiti tersebut, Azmi Saleh, seorang pelajar menceritakan apa yang mereka lalui kebelakangan ini, “Setiap hari mereka menceroboh masuk kampus dengan melepaskan tembakan ke udara dan juga gas pemedih mata. Kemudian mereka mula menembak ke arah pelajar. Kami sudah tidak tahan lagi melihat rakan-rakan dan pelajar ditembak dan dipenjara.”

Azmi Saleh, Pengarah Hubugan Awam Universiti Al-Kadoorie.
Azmi Saleh, Pengarah Hubugan Awam Universiti Teknikal Palestin Al-Kadoorie.

Sekitar 350 pelajar telah tercedera sejak awal Oktober. Para pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital pada setiap hari. Manakala 12 pelajar telah dipenjara untuk tempoh selama enam bulan. Tidak siapa tahu bilakah mereka akan dibebaskan.

Tentera Zionis tidak pernah memberikan keterangan rasmi atas tindakan jenayah mereka ini. Pihak pentadbiran univerisiti telah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pentadbiran tentera, dan mendesak mereka menghentikan serangan tersebut, namun aduan mereka tidak pernah mendapat maklum balas.

Kesan darah pelajar yang tercedera di atas meka, yang memerlukan rawatan kecemasan di tempat kejadian, bilamana hospital menjadi terlalu sesak dan tidak dapat menerima pesakit.
Kesan darah pelajar yang tercedera di atas meka, yang memerlukan rawatan kecemasan di tempat kejadian, bilamana hospital menjadi terlalu sesak dan tidak dapat menerima pesakit.

Bagi para pelajar, mereka telah menyuarakan ketakutan serta keperitan yang mereka lalui kepada masyarakat antarabangsa. Mereka kini menjadi bimbang untuk ke kampus. Jelas sekali tindakan tentera Zionis ini merupakan cubaan untuk menghalang pelajar meneruskan pengajian.

Sejak dua dekad lalu, rejim Zionis merampas lebih 200 dunum (50 ekar) tanah milik Universiti Teknikal Palestin Al-Kadoorie. Tanah yang dirampas itu dahulunya menjadi kawasan rumah hijau bagi Fakulti Pertanian, tetapi sejak 21 tahun lalu tentera Zionis menukarnya menjadi kawasan latihan tentera. Tembok pemisah yang berdiri di sebelah kawasan tanah yang dirampas itu menjadi sempadan di antara Tebing Barat dan wilayah Palestin yang dijajah menjadi negara haram rejim Zionis, sekaligus meletakkan kampus ini di hujung wilayah Tebing Barat.

Salah satu daripada empat buah rumah hijau yang pernah digunakan oleh Pusat Penyelidikan Guanaan Fakulti Pertanian. Kini menjadi terabai di dalam zon latihan tentera Zionis.
Salah satu daripada empat buah rumah hijau yang pernah digunakan oleh Pusat Penyelidikan Gunaan Fakulti Pertanian. Kini menjadi terabai di dalam zon latihan tentera Zionis.

Dua hari lalu, selepas melalui siri serangan harian tentera Zionis selama beberapa minggu, pihak universiti memutuskan untuk merobohkan kemudahan yang ada di kawasan latihan tentera Zionis itu, yang selalunya dijadikan tempat bermulanya serangan tentera ke atas pelajar. Tentera Zionis bertindak merampas jentolak dan menahan Naib Presiden universiti selama lebih satu jam, dengan ugutan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau.

Tidak cukup dengan kebiadapan tentera, rejim Zionis juga membina zon industri berdekatan kampus tersebut, di mana kilang-kilang melepaskan bahan pencemaran beracun. Ada kalanya para pelajar membuat aduan pencemaran gas kimia dari kilang-kilang tersebut menyebabkan mereka mengalami sakit kulit.

Di belakang kawasan haram latihan tentera Zionis ini berdirinya tembok pemisah dan sebuah menara tentera yang menjadi sempadan di antara Tebing Barat, kawasan kampus Univerisiti Al-Kadoorie dan negara haram Zionis.
Di belakang kawasan haram latihan tentera Zionis ini berdirinya tembok pemisah dan sebuah menara tentera yang menjadi sempadan di antara Tebing Barat, kawasan kampus Univerisiti Teknikal Palestin Al-Kadoorie dan negara haram Zionis.

Pelajar Univeristi Teknikal Palestin Al-Kadoorie selalu mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan tembok pemisah dan pembinaan zon industri bersebelahan kampus mereka. Sungguhpun bantahan mereka adalah sah dan lojik, mereka tetap diserang dan diarah menghentikan demonstrasi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts