Amnesty bantah rejim Zionis jual senjata kepada Filipina

BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Pertubuhan Amnesty International semalam membantah perjanjian membeli senjata di antara Filipina dan rejim Zionis, yang ditandatangani oleh Presiden Rodrigo Duterte yang sedang membuat lawatan empat hari ke negara haram itu.

Aktivis Amnesty International berhimpun di luar kediaman presiden Zionis, Reuven Rivlin, di Baitulmaqdis ketika beliau menerima kunjungan presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Kenyataan Duterte menyebut bahawa beliau membeli senjata dari rejim Zionis kerana rejim penjajah itu “satu-satunya pihak” yang tidak mengenakan syarat-syarat ketat sepertimana yang dikenakan oleh negara penjual lain termasuk Amerika, China dan Jerman.

Julai lalu, rejim Zionis menjual ratusan senjata kepada polis Filipina kononnya untuk kempen memerangi dadah. Amerika menghentikan jualan senjata kepada Filipina kerana perlanggaran hak asasi manusia yang melampau.

Pada tahun 2017, Filipina membeli senjata bernilai 21 juta Dollar dari rejim Zionis, termasuk radar dan kelengkapan anti kereta-kebal.

(MEMO, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts