Anak-anak di kem pelarian gembira dapat peluang belajar di Maahad Tahfiz

Pada 20 Julai baru lalu, puluhan anak-anak Palestin yang terpaksa membesar kem-kem pelarian telah menyambut peluang belajar di Maahad Tahfiz al-Quran dengan penuh senyuman, keceriaan dan kesyukuran. Apalagi kelengkapan kelas dan kemudahan pengajian berjaya disempurnakan menjelang bulan Ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi.

HALUAN bersama rakan NGO prihatin Palestin, iaitu Sahabat Al-Aqsa Indonesia, Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestina (KISPA) dan Al-Saraa Foundation for Human Relief telah menyampaikan sumbangan ikhlas dermawan Malaysia dan Indonesia bagi menjayakan projek pendidikan ini. Sepanjang bulan Julai ini, empat buah Maahad Tahfiz al-Quran telah memulakan operasi kem-kem pelarian terpilih, termasuklah 2 buah di Syria, sebuah di Lubnan dan sebuah lagi di Gaza.

Projek ini merupakan salah satu usaha HALUAN membantu generasi harapan Palestin di dalam bidang pendidikan, samada di luar atau di dalam wilayah Palestin sendiri. Semoga sumbangan iklas tuan-puan para dermawan menjadi infaq yang terbaik sebagai bekalan amal soleh ketika bertemu Allah kelak, insyaAllah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts