Anak yatim Palestin protes penutupan yayasan kebajikan

NABLUS, 29 Dis 2015 (PIC) — Puluhan anak yatim dan ibu tunggal mengadakan tunjuk perasaan di bandar Nablus bagi membantah tindakan rejim Zionis menutup yayasan kebajikan al-Egatha al-Insaneya, yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ribuan orang anak yatim Palestin.

Mereka mendesak pihak rejim supaya membuka semula yayasan tersebut serta menghentikan tindakan kejam menghalang anak-anak yatim untuk hidup dalam keadaan lebih baik.

Pengarah yayasan tersebut di Nazareth, Ra’ed al-Zoabi, menerangkan bahawa keputusan Zionis untuk menutupnya telah dikeluarkan sebulan lalu. Menurut beliau tindakan tersebut dibuat tanpa makluman awal, dan ianya adalah bertentangan dengan undang-undang. Ia juga dilihat sebagai hukuman yang terkait ke atas pengharaman Pergerak Islam di kawasan Palestin 1948 yang terjajah.

Yayasan al-Egatha al-Insaneya merupakan sebuah badan bebas yang menjaga kebajikan 32,000 anak yatim di Tebing Barat dan Gaza.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts