Badee’ Daaour, 36, tinggal bersama isteri dan empat anaknya di al-Mawasi. “Kami baru sahaja selesai bersarapan dan sedang bersiap untuk hari itu”.
Tiba-tiba, letupan besar melanda kawasan itu. “Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya dan isteri saya menjerit dan menjerit memanggil anak-anak kami. Kami tidak dapat melihat apa-apa kerana berdebu”.
“Kepulan api hanya 50 meter (165 kaki) jauhnya,” katanya. “Khemah saya musnah termasuk khemah berdekatan.”
Badee’ mengheret anak bongsunya dari khemah dan berlari bersama isterinya melepasi khemah lain, mencari tempat selamat. “Semua orang menjerit. Bunyi pengeboman sangat mengerikan.”
Ketika mereka tiba berhampiran kawasan dibom, Badee’ terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Darah ada di mana-mana, serpihan mayat berada di atas tanah, kanak-kanak berlumuran darah,” katanya dengan suara yang tenang.
“Saya melihat orang ramai tertimbus hidup-hidup di bawah pasir kerana pengeboman. Orang ramai berkumpul untuk menarik mereka keluar. Ada yang masih hidup, ada yang terbunuh atau cedera.”
Dia panik mencari tiga lagi anaknya yang berada di luar ketika serangan berlaku.
“Saya melihat ramai ibu dan bapa berlari dan menjerit mati-matian kerana kehilangan anak mereka. Ramai daripada mereka mendapati anak-anak mereka hancur berkeping-keping dalam serangan itu. Mereka hampir hilang akal,” tambahnya.
Dia berasa lega apabila mendapati anak-anaknya selamat dan keapabila dia agak tenang, Badee’ menyedari kakinya cedera ringan dan dia pergi ke hospital untuk rawatan.
“Jiran saya di khemah sebelah cedera dibelakang, kemudian dia mendapati anak perempuannya terbunuh dan seorang lagi cedera ditulang belakangnya,” katanya.
Badee’ telah cuba menenangkan dan membantu jirannya.
“Dia duduk dalam khemahnya, dua meter dari saya, tetapi serpihan itu menembusi khemahnya” jelasnya.
“Bertahan di sini adalah nasib. Setiap daripada kita menunggu giliran dalam pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ini,” kata Badee.
“Mereka mengebom khemah dimana beribu-ribu orang pelarian berada disini dengan bom. Bagaimanakah Israel mewajarkan tindakan ini?
Badee’ telah datang ke Khan Younis dari Utara Gaza berikutan arahan pemindahan Israel. Beliau bergerak beberapa kali sebelum berakhir di al-Mawasi.
“Israel nyatakan ini kawasan selamat tetapi dibom berkali-kali! Kawasan selamat di Gaza adalah penipuan. Tiada yang selamat disini”, Ujar Badee.
Sumber : Al-Jazeera , Olehan : Kapsul Baitul Maqdis



