Ateret Cohanim akan rampas 2 bangunan keluarga Palestin

AL-QUDS, 24 Feb 2016 (Maan) — Sebuah pertubuhan bagi pendatang haram Yahudi, Ateret Cohanim, telah menyerahkan satu perintah mahkamah kepada keluarga Palestin Awad Abdul-Fattah al-Rajabi dan Abdul-Fattah Jaber al-Rajabi supaya mengosongkan rumah mereka di bandar Silwan di al-Quds Timur, dengan alasan bangunan tersebut pernah dimiliki oleh orang Yahudi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyebut pertubuhan Ateret Cohanim mengarahkan keluarga al-Rajabi menyerahkan sebidang tanah di mana bangunan dua tingkat milik keluarga mereka dibina.

Keluarga terbabit diberi tempoh selama 30 hari untuk membantah tuntutan mahkamah itu. Ateret Cohanim mendakwa tanah tersebut pernah dimiliki oleh tiga orang Yahudi yang berasal dari Yaman sebelum tahun 1948.

Menurut Wadi Hilweh, tanah tersebut merupakan sebahagian daripada hasrat Ateret Cohanim untuk merampas tanah penduduk Palestin seluas lebih lima dunum (1.2 ekar) atas alasan ianya dimiliki oleh Yahudi Yaman sejak tahun 1881.

Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan Yahudi itu turut mendakwa bahawa Mahkamah Agung Zionis telah meluluskan hak milik pendatang Yahudi dari Yaman ke atas tanah-tanah di Batn al-Hawa.

Tanah yang bakal dirampas itu kini menjadi tapak kepada 30 hinga 35 buah apartmen yang didiami oleh 80 keluarga Palestin, iaitu secara keseluruhan seramai 436 orang. Penduduk terbabit tinggal di situ sejak tahun 1960-an setelah mereka membeli tanah dan bangunan tersebut, lengkap dengan dokumen rasmi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts