Baba Baba, Tolong Aku

“Baba, Baba, tolong aku!” Jeritan ini dibuat oleh Ramzi memanggil bapanya ketika tentera Zionis menyerbu masuk rumah mereka.

Dengar sahaja jeritan Ramzi, sebagai bapa (Samir Aslan) terus keluar dari rumah beliau. Namun beliau dihalang untuk keluar oleh pihak tentera. Mereka paksa beliau untuk masuk kembali sambil senjata diacukan kepada beliau.
Bapa mana yang sanggup biarkan anak sendiri ditahan tentera Zionis ini. Samir tahu sikap ganas dan kejamnya jika anak beliau digari dan ditahan.

Disebabkan tidak jelas apa yang berlaku kepada anaknya, beliau bergegas ke bumbung bangunan di tingkat 4. Tanpa beliau sedari, ada penembak tepat sedang memerhati.
Tembakan dilepaskan ketika beliau sedang menaiki tangga.

Ketika ditembak didada, beliau sempat menjerit. Isteri, abg, dan kakak ipar beliau terus pergi mencari Samir. Sebaik menjumpai Samir, mereka terus menghubungi ambulan.

Samir dibawa turun ke bawah dan dibawa ke hospital. Tetapi mereka terpaksa melalui lorong-lorong kem pelarian. Di penghujung jalan, tentera Zionis tiba-tiba muncul dan menghalang Samir.

30 minit Samir diletakkan di tanah dalam keadaan berdarah.

Akhirnya Samir dibenarkan ke hospital. Namun sebaik sahaja sampai ke hospital Ramallah, beliau telah meninggal dunia.


LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts