Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich mengakui matlamatnya untuk sebuah negara Yahudi yang bukan sahaja merangkumi semua wilayah Palestin tetapi juga meluas ke Syria. Beliau menyatakan dalam kenyataan terbuka merujuk kepada potensi Tel Aviv mengejar projek Greater Israel’.
Dalam temu bual untuk sebuah dokumentari yang dihasilkan dan disiarkan dalam saluran berbahasa Perancis, bertajuk ‘Israel: Extremists in Power’, Smotrich menyatakan bahawa “Saya mahukan sebuah negara Yahudi… yang beroperasi mengikut nilai-nilai orang Yahudi”.
Dia diajukan soalan sama adakah Israel berhasrat untuk meluaskan kedaulatannya yang kini “bermula di laut [Mediteranian] dan berakhir di sungai [Jordan]”, dia tersenyum dan berkata “okay, sedikit demi sedikit”.
Smotrich menyatakan “ada tertulis bahawa masa depan Baitulmaqdis adalah untuk berkembang ke Damsyik”, sambil menambah “hanya Baitulmaqdis, sehingga Damsyik”. Dokumentari itu kemudiannya memperincikan rancangan menteri kewangan Israel – dan rancangan pelampau dan sayap kanan Israel yang lain supaya negara Israel meluas ke Jordan, Lubnan, Mesir, Syria, Iraq, dan Arab Saudi.
Komennya datang ketika Israel terus mengebom Lubnan dan melancarkan pencerobohan daratnya, dengan banyak kumpulan peneroka Yahudi haram menyokong agar tentera Israel kekal di Lubnan dan menetap di negara itu. Usaha telah dilakukan secara berterusan. Contohnya buku kanak-kanak yang diterbitkan baru-baru ini mengenai penjajahan Israel di Lubnan.
Walaupun kerajaan haram Israel sendiri telah mengekalkan skop matlamatnya untuk mengalahkan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hizbullah, dan tidak mengumumkan secara rasmi sebarang rancangan untuk menduduki Lubnan dan menempatkan pendatang Yahudi di wilayah yang baru ditakluki.
Pandangan tokoh kerajaan seperti Smotrich, bagaimanapun, serta pangkalan sokongan mereka yang penting, semakin mencetuskan kebimbangan bahawa Tel Aviv berpotensi memiliki matlamat untuk mengembangkan wilayah Israel di Timur Tengah melalui penaklukan negara-negara Arab di sekelilingnya.



