Bilangan Tahanan Pentadbiran Palestin Berganda

prisonersRAMALLAH, 7 Ogos 2014 (Maan) — 11 orang lagi tahanan Palestin telah dipindahkan ke tahanan pentadbiran oleh beberapa mahkamah Zionis, menjadikan jumlah mereka yang dikenakan tahanan tanpa bicara itu seramai 450 orang.

Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin, seramai 268 orang daripada mereka ditahan sepanjang kempen tentera Zionis di Tebing Barat berikutan insiden kematian tiga peneroka Yahudi pertengahan bulan Jun lalu. Jumlah ini merupakan lebih sekali ganda jumlah tahanan pentadbiran yang sedia ada.

Sungguhpun rejim Zionis telah mengenal-pasti dua orang suspek yang melakukan penculikan dan pembunuhan Yahudi di penempatan Gush Etzion itu, mereka telah menangkap lebih 1,000 orang Palestin dalam berbagai kempen serangan ke atas komuniti Palestin dan kepungan selama dua minggu ke atas kawasan Al-Khalil (Hebron) kononnya atas alasan mencari pembunuh berkenaan.

Mereka yang ditangkap termasuklah ahli parlimen, ahli-ahli politik Hamas dan bekas tahanan yang dibebaskan dalam pertukaran Gilad Shalit pada tahun 2011.

Melalui tahanan pentadbiran, rejim Zionis menahan penduduk Palestin tanpa sebarang dakwaan atau pengadilan untuk tempoh yang tidak ditetapkan. Tempoh tahanan tersebut lazimnya dilanjutkan beberapa kali mengukit budi bicara mereka.

Mengukit laporan Persatuan Tahanan Palestin, 11 orang tahan baharu itu adalah:

  1. Said Abu Tahun, dari Tulkarem, 6 bulan.
  2. Hani Shalash, dari Hebron, 6 bulan.
  3. Nour al-Din Elayyan, dari Ramallah, 6 bulan.
  4. Thair Samadaa, dari Ramallah, 6 bulan.
  5. Musaab Hindi, dari Nablus, 2 bulan.
  6. Ihab Elayyan, dari Ramallah, 6 bulan.
  7. Youssef Abu Fara, dari Hebron, 4 bulan.
  8. Iyad Daraghma, dari Tubas, 3 bulan.
  9. Saji Abu Abdu, dari Qalqiliya, 5 bulan.
  10. Ibrahim Sabaa, dari Ramallah, 4 bulan.
  11. Muhammad Harbiyat, dari Hebron, 6 bulan.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts