DCI: 31 remaja dan kanak-kanak Palestin dibunuh sejak awal tahun

RAMALLAH, 21 Sep 2016 (PIC) — Laporan yang dikeluarkan oleh Defense for Children International-Palestin (DCI) hari ini menyatakan bahawa seramai 31 orang remaja atau kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2016.

DCI mengemukakan beberapa insiden mutakhir yang jelas membuktikan polisi “tembak untuk bunuh,” yang merupakan pembunuhan secara tidak mempedulikan undang-undang.

Kebanyakan remaja atau kanak-kanak terbabit dibunuh atas tuduhan cuba menikam tentera Zionis. Namun siasatan DCI membuktikan bahawa beberapa kes pembunuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa tidak membawa sebarang ancaman kepada tentera ketika kejadian.

Dalam menyatakan beberapa contoh insiden, DCI menyebut remaja Abdul Rahman Dabagh, 15, yang berasal dari kem pelarian Bureij di Gaza telah terbunuh apabila ditembak tepat pada mata kirinya dengan menggunakan bom cahaya dalam satu perarakan di kem tersebut pada 9 September lalu.

Manakala Faris Mousa Khador, 17, juga dibunuh oleh tentera Zionis berdekatan kawasan penempatan haram Kiryat Arba di al-Khalil pada 16 September atas tuduhan cuba membuat serangan melanggar tentera.

Pada hari yang sama, Muhammad al-Rajabi dibunuh berdekatan sekatan tentera Gilbert di Kota Lama al-Khalil atas tuduhan cuba membuat serangan menikam.

DCI seterusnya memfailkan kes pembunuhan Ameer al-Rajabi, 16, pada 19 September selepas tentera Zionis menembak beliau atas tuduhan cuba menikam. Sehari kemudian, tentera Zionis menembak mati Issa Tarayreh, 15, berdekatan laluan masuk utama bandar Bani Na’im di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts