Doktor wanita lalui dua tahun Ramadan dalam kurungan berseorangan

AL-KHALIL, 7 Jun 2016 (PIC) — Doktor wanita Palestin Sabreen Waleed Abu Sharar, 27, terpaksa melalui bulan Ramadan dalam kurungan berseorangan di penjara Ashkelon buat kali kedua sejak Ramadan tahun lalu.

Rejim Zionis melanjutkan tahanan ke atas beliau buat kali ke-10 sementara menunggu pendakwaan pada 15 Julai nanti. Beliau dilaporkan berhadapan dengan layanan buruk serta penderaan psikologi dan juga fizikal.

Menurut kenyataan keluarga beliau, Dr Sabreen tidak dapat membezakan di antara siang atau malam, tidak dapat mendengar azan untuk berbuka puasa, kerana tempat tahanannya yang gelap dan terasing. Keluarga beliau dihalang menziarahinya sejak 7 Jun 2015.

Dr Sabreen pulang ke wilayah Palestin setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selama enam tahun di Mesir. Beliau berkhidmat di Hospital Alya di ak-Khalil sebagai seorang pelatih. Enam bulan selepas itu, beliau ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts