Dua beradik ditembak mati oleh tentera Zionis

AL-QUDS, 27 Apr 2016 (Maan) — Seorang wanita muda Palestin dan adik lelakinya hari ini ditembak mati oleh tentera Zionis di sekatan Qalandiya yang terletak di antara Ramallah dan al-Quds.

Maram Saleh Abu Ismail, 23, dan adiknya Ibrahim, 16, yang berasal dari bandar Qatuna di Tebing Barat dituduh cuba menyerang polis sempadan Zionis dengan menggunakan pisau.

Maram yang sedang hamil lima bulan ditembak dengan lebih 15 das tembakan dan dibiarkan berdarah di atas tanah, beberapa meter dari sekatan tentera.

Mangsa yang sedang menuju ke al-Quds dan berjalan kaki di sekatan tersebut melalui laluan khusus kenderaan, dikatakan tidak membawa sebarang ancaman kepada pasukan Zionis. Mereka tidak memahami arahan seorang pegawai tentera yang menjerit-jerit dalam bahasa Hebrew, menyebabkan mereka berhenti berjalan. Ibrahim cuba mencapai tangan kakaknya untuk beredar dari pegawai Zionis tersebut, dan ketika itulah Maram ditembak.

Adiknya cuba membantu, tetapi beliau turut ditembak oleh tentera penjajah. Paramedik Palestin dihalang mendekati mangsa untuk membantu.

Laporan saksi mendakwa tentera yang menembak mangsa berselindung di sebalik bongkah simen, sekitar 20 meter dari lokasi mangsa. Jelas sekali mangsa tidak langsung membawa ancaman ketika mereka ditembak.

Tidak ada sebarang kecederaan di pihak Zionis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts