Dua Cedera Dalam Serangan Udara Israel

GAZA, 3 Jan 2011 –  Serangan awal pagi Ahad tadi di dua tempat berasingan di semenanjung Gaza oleh beberapa buah pesawat tempur Israel telah menyebabkan sekurang kurangnya dua rakyat Palestin cedera, menurut pasukan perubatan.

Menurut sumber tempatan, serangan pertama ditujukan ke sebuah tapak latihan bagi sayap bersenjata Pejuang Palestin Hamas, Briged Al-Qassam di Jabalian, Utara Gaza. Pasukan perubatan melaporkan seorang rakyat Palestin cedera dalam serangan tersebut manakala bangunan bangunan di sekelilingnya turut musnah.

Sementara itu, pesawat penganas Israel turut melepaskan beberapa peluru berpandu kearah satu tempat di barat kem pelarian Nuseirat di tengah tengah semenanjung Gaza. Sekurang kurangnya seorang mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Martyrs Al-Aqsa di Deir Al-Balah, lapor pasukan perubatan.

Tentera pengganas Israel mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut bahawa serangan udara tersebut disasarkan kepada pusat latihan pejuang Palestin Hamas di utara Semenanjung Gaza dan kilang pemprosesan persenjataan di tengah Semenanjung Gaza.

Pengganas israel tersebut mendakwa, serangan tersebut adalah tindak balas kepada tembakan roket roket yang telah disasarkan ke sebuah kawasan Israel Sabtu lalu. Tiada kecederaan dilaporkan (mna).

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts