Dua keluarga Palestin diperintah tinggalkan kediaman di Al-Quds

AL-QUDS, 14 Dis 2015 (WAFA) — Pihak berkuasa Zionis semalam mengeluarkan notis kepada dua keluarga Palestin yang tinggal di kejiranan Batn al-Hawa di Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa, bahawa mereka diperintah meninggalkan kediaman mereka kerana rumah yang diduduki mereka dimiliki oleh sebuah NGO Yahudi.

Menurut aktivis tempatan, rumah keluarga Rajabi dan Basbous adalah sebahagian daripada 80 buah bangunan di Silwan yang bakal diambil alih oleh pertubuhan Yahudi.

Zionis mewujudkan beberapa undang-unadang, peraturan dan polisi mandatori bagi membolehkan tanah dan harta penduduk Plaestin dirampas atau diambil alih, serta menghalang mereka kembali menduduki rumah tersebut.

Berdasarkan Undang-Undang Harta Yang Ditinggalkan 1950, tanah Palestin dikira sebagai “harta yang ditinggalkan” dan akan dipindah milik kepada kerajaan atau agensi semi-kerajaan seperti Jewish National Fund dan Pentadbiran Tanah Israel, untuk manfaat penduduk Yahudi.

Dengan undang-undang tersebut, pelarian Palestin atau mereka yang terpaksa berpindah ke daerah lain dikira sebagai orang yang meninggalkan harta. Dengan itu, tanah mereka boleh dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts