Dua Pandatang Yahudi Dijatuhi Bersalah Bunuh Muhammad Abu Khdeir, Ketua Sindiket Masih Bebas

BETHLEHEM, 30 Nov 2015 (Maan) — Mahkamah Daerah Al-Quds hari ini menyabitkan dua orang pendatang Yahudi bersalah membunuh remaja Palestin Muhammad Abu Khdeir pada musim panas tahun lalu, tetapi suspek ketiga yang mengaku telah membunuh mangsa dibebaskan atas alasan masalah kesihatan mental.

Yosef Ben David, ketua sindiket yang menculik, mendera dan membakar hidup-hidup Muhammad, 16 tahun, sehingga meninggal dunia digantung bagi memebri laluan kepada pakar psikiatri membuat penilaian.

Kedua-dua pesalah akan dijatuhkan hukuman pada 13 Januari, manakala perbicaraan semula ke atas Yosef Ben David akan dibuat pada 20 Disember.

Kesemua tiga suspek mengaku bersalah membunuh mangsa ketika disoal siasat oleh pihak polis Zionis, di mana mereka telah memukul Muhammad sehigga tidak sedarkan diri sebelum menyimbah minyak ke atas mangsa dan kemudian membakarnya.

Mangsa diculik pada jam 4:00 pagi di kejiranan Shufat di Al-Quds ketika dalam perjalanan untuk mengerjakan solat Subuh di masjid. Beliau dibawa ke kawasan hutan di Al-Quds dan dipukul dengan penyungkil besi sebagai “membalas dendam” atas kematian tiga remaja Yahudi. Naftali Frenkel, Gilad Shaer dan Eyal Yifrach di Al-Khalil pada bulan Jun 2014.

Ratusan penduduk Palestin cedera dan sekurang-kurangnya lima meninggal dunia dalam usaha tentera Zionis mencari pesalah, yang sehingga kini tidak jelas samada angkara penduduk Palestin atau Yahudi sendiri.

Susulan peristiwa ini, tentera Zionis yang menuduh Hamas bertanggungjawab bertindak menyerang Gaza pada 8 Julai, seterusnya membunuh lebih 2,200 penduduk Gaza, termasuk 500 kanak-kanak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts