Dua terbunuh, tujuh cedera dalam serangan di Tel Aviv

TEL AVIV, 1 Jan 2016 (Maan) — Dua orang pendatang Yahudi maut dan tujuh lagi cedera dalam serangan bersenjata di sebuah pub di Jalan Dizengoff, Tel Aviv.

Semua mangsa dikejarkan ke hospital di sekitar kawasan Tel Aviv, di mana dua daripadanya cedera parah. Manakala penjenayah dikatakan berjaya menghilangkan diri.

Pihak polis Zionis mengesyaki penjenayah sebagai Mohammed Melhem, 29 tahun, yang berasal dari bandar Wadi Ara di wilayah Palestin 1948 yang terjajah. Keluarga Mohammed memaklumkan bahawa beliau mengalami tekanan perasaan sejak kejadian polis sempadan Zionis membunuh sepupunya, sehingga beliau bertidak membalas dendam dengan menikam seorang askar Zionis menggunakan pemutar skru pada tahun 2007. Beliau juga pernah dipenjara atas kesalahan cuba merampas senjata dari seorang askar Zionis dan juga kesalahan berkaitan narkotik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts