1 Jun – Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan pada Isnin (31/5) bahawa kerajaan Israel menunjukkan sekali lagi dengan jelas bahawa mereka tidak mahukan perdamaian.
Sebelum berangkat dari Chile untuk pulang ke Turki, Erdogan berkata kepada wartawan bahawa Israel melancarkan serangan terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa dengan menyalahi undang-undang antarabangsa.
TV Channel 10 Israel mengatakan 19 penumpang terbunuh dan 36 cedera dalam serangan itu.
Erdogan berkata kapal itu hanya membawa bahan bantuan kemanusiaan, termasuk ubat-ubatan, roti, tepung, pasta, peralatan pendidikan, bahan bangunan dan mereka bergerak di bawah Peraturan antarabangsa.
Turki meminta Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan sidang tergempar membincangkan serangan Israel tersebut dan menyeru NATO untuk mengistiharkan. situasi ini adalah sebagai “Keganasan negara”.
“Tindakan ini, sama sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa, ianya keganasan negara yang tidak berperikemanusiaan. Jangan ada sesiapa yang berfikir bahawa kami akan mendiamkan diri atas jenayah yang didlakukan Israel ini,” kata Erdogan.
Erdogan mengatakan bahawa aktivis di atas kapal-kapal itu ditahan, dan Israel harus membebaskan mereka.
“Ini merupakan isu nasional, dan kami akan menilai apa yang boleh kita lakukan,” kata Erdogan kepada nwartawan sebelum dia meninggalkan Chile untuk pulang ke Turki.
Situasi ini akan menguji sejauh mana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sikap Kesatuan Eropah dalam melaksanakan ratusan resolusi yang telah di capai dan dipersetujui selama ini ke atas Israel.
Perdana menteri Turki mengatakan beberapa negara telah memanggil pulang duta besar mereka di Israel, dan Turki juga akan mengambil langkah-langkah selanjutnya setelah melakukan penilaian selanjutnya. (wb/hp)