Fatwa Kesatuan Ulamak: Haram normalisasi dengan rejim Zionis

LONDON, 10 Sep 2020 — Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada hari Selasa lalu sebulat suara mengeluarkan fatwa melarang hubungan normalisasi dengan rejim Zionis.

Dalam fatwa tersebut, para ulamak berpendapat bahawa permasalahan Palestin bukan hanya berkait dengan hal politik, bahkan terhubung rapat dengan Masjid al-Aqsa yang merupakan tapak suci ketiga dan identiti umat Islam.

Perjanjian normalisasi dengan rejim yang menjajah sebahagian besar tanah Palestin, termasuk Masjid al-Aqsa, dan merancang untuk merampas baki wilayah Palestin meruapakan satu penyerahan tanah umat yang paling suci dan diberkati, dan merupakan pengiktirafan ke atas penjajahan musuh serta jenayah mereka ke atas bangsa Palestin.

“Oleh itu, apa yang digelar sebagai perjanjian keamanan, perdamaian, atau normalisasi dalam hal ini adalah dilarang dan terbatal dalam syariah Islam, dan merupakan satu jenayah besar serta satu pengkhianatan ke atas umat Islam,” sebut kenyataan para ulamak.

Isu tersebut timbul selepas Presiden Amerika, Donald Trump, mengumumkan persetujuan normalisasi di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan rejim Zionis.

UAE mendakwa persetujuan tesebut merupakan langkan untuk menyekat rancangan rejim Zionis mengilhak baki wilayah Palestin di Tebing Barat. Bagaimanapun, usaha normalisasi mereka sebenarnya telah dibincangkan sejak beberapa tahun lalu sebelum pemimpin Zionis mengumumkan rancangan pengilhakan.

Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, bagaimanapun menegaskan bahawa rancangan pengilhakan akan diteruskan tetapi pelaksanaannya ditangguhkan hanya buat sementara waktu.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts