[Foto] Beg Dan Peralatan Sekolah Untuk Anak-Anak Kita Di Damaskus

DAMASKUS, 24 Okt 2014 (BHP) — Penduduk Ghouta Timur di pinggir kota Damaskus menderita dikepung dan disekat sejak lebih dua tahun lalu.

140,000 keluarga di salah satu daerah yang berjaya dibebaskan dari tentera rejim Bashar itu terpaksa mengharungi hidup tanpa bekalan elektrik dan kemudahan asas, termasuk makanan. Sumber air dan tanaman mereka mereka tercemar, sehingga PBB pernah mengisytiharkan daerah ini sebagai kawasan bencana.

Bayangkan kegembiraan lebih 200 orang anak-anak Ghouta ini apabila menerima kehangatan kasih sayang dari saudara mereka di Malaysia. Sungguhpun bantuan kelengkapan beg dan peralatan sekolah ini tidak mampu mengubat penderitaan mereka, sekurang-kurangnya sumbangan ikhlas anda ini dapat memberi semangat bahawa mereka tidak ditinggalkan berseorangan menghadapi kezaliman rejim Bashar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Al-Sarraa Foundation yang menggerakkan para relawannya menyampaikan bantuan ini, sungguhpun mereka terpaksa berhadapan dengan bahaya dan risiko yang tinggi. Tahniah di atas sumbangan anda, yang telah kami digandingkan dengan bantuan dari masyarakat Indonesia melalui Sahabat Al-Aqsa. Semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik InsyaAllah.

Sesungguhnya bumi Syam yang hari ini meliputi wilayah Syria, Jordan dan Palestin adalah sangat istimewa lagi barakah. Dari Abu Ad-Dardaa’ RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya tempat berkumpul umat Islam pada hari terjadinya cubaan (fitnah) yang besar adalah di “Al-Guuthah” dekat kota yang disebut Damaskus, salah satu tempat terbaik di Syam”. [Sunan Abu Daud: Sahih]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts