[Foto] Kakitangan Mydin Serah Sumbangan Untuk Palestin

SUBANG JAYA, 26 Sept 2014 (BHP) — Kakitangan rangkaian peruncitan dan pemborongan halal Mydin Mohamed Holdings Berhad menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat yang memerlukan dengan menyumbangkan sejumlah RM30,000 untuk mangsa kezaliman rejim Zionis di Palestin khususnya di Gaza.

Majlis serahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Hajah Siti Hawa, di pentas utama Mydin Wholesale Hypermarket di sini. Timbalan Ketua Biro HALUAN Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin, telah hadir menerima serahan tersebut.

Bersempena dengan majlis ini HALUAN Palestin telah mengadakan pameran kesedaran Palestin untuk pelanggan Mydin dari seawal jam 8:30 pagi hingga jam 11:00 malam. Acara lain yang turut diadakan termasuklah tayangan video serangan Zionis ke atas penduduk awam Gaza, persembahan nasyid Palestin, jualan amal dan juga kuiz.

Semoga semua kakitangan Mydin dan keluarga mereka dilimpahkan keberkatan dan rahmat berterusan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts