[Foto] Pendatang Yahudi Musnahkan Kebun Zaitun

AL-KHALIL, 20 Feb 2015 (AIC) — Pendatang Yahudi menebang 36 pokok zaitun milik penduduk Palestin di perkampungan Qawawis di di selatan Al-Khalil.

Pokok-pokok yang berumur 25 tahun itu dimiliki oleh keluarga Hushiy yang tinggal di kampung berkenaan, yang terletak di antara penempatan haram Yahudi di Mitzpe Yair dan Suseya.

Kejadian ini merupakan insiden kali ketiga yang dilakukan oleh pendatang sejak dua bulan lalu. Pada 9 Januari, 200 pokok zaitun telah dimusnahkan. Manakala pada 31 Disember, dua orang pendatang Yahudi telah melontar bom molotov ke dalam sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan Ad Deirat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts