[Foto] Ringkasan Bergambar Sepanjang Julai

31 Julai - Foto keluarga di atas lantai rumah bayi Ali Dawabsha, 18 bulan, yang terkorban dibakar  hidup-hidup oleh pendatang Yahudi di perkampungan Duma di Tebing Barat. Tiga lagi ahli keluarganya  cedera parah dalam serangan tersebut.
31 Julai – Foto keluarga di atas lantai rumah bayi Ali Dawabsha, 18 bulan, yang terkorban dibakarhidup-hidup oleh pendatang Yahudi di perkampungan Duma di Tebing Barat. Tiga lagi ahli keluarganya cedera parah dalam serangan tersebut.

BANDAR BARU BANGI, 4 Ogos 2015 (EI) — Laman web the Electronics Intifada menerbitkan ringkasan bergambar bagi peristiwa yang berlaku di Palestin dan isu-isu berkaitan Palestin sepajang bulan April baru lalu.

Berikut adalah petikan daripada penerbitan tersebut.

Sepanjang bulan Julai, Gaza memperingati tragedi serangan zalim tentera Zionis penduduk awam pada musim panas tahun lalu yang mengorbankan seramai 2,200 orang dan menyaksikan begitu ramai mangsa terpaksa dikeluarkan dari timbunan runtuhan.

Setahun selepas serangan berakhirnya tersebut, sebanyak 12,500 buah rumah yang musnah atau rosak masih tidak dapat dibina semula, menyebabkan 100,000 penduduknya hidup tanpa tempat berteduh.

Gaza masih disekat dari dunia luar dan pintu Rafah di sempadan Mesir yang merupakan satu-satunya lintasan keluar-masuk bagi 1.8 juta penduduknya, ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Julai.

Penduduk Gaza juga berhadapan dengan cuaca panas yang melampau, sedangkan jika mereka mendapat bekalan elektrik sekalipun, ianya hanyalah untuk beberapa jam sahaja. Bekalan elektrik dari Mesir terputus dan stesen janakuasa tunggal di Gaza tidak dapat berfungsi kerana tidak mampu membayar cukai
kepada pihak Palestinian Authority.

Tentera Zionis masih meneruskan serangan ke atas penduduk Gaza, dengan membunuh Muhammad al-Masri, 17 tahun, di Beit Lahiya di utara Gaza pada 31 Julai.

Pembunuhan di Tebing Barat

Zionis juga membunuh beberapa orang penduduk Palestin di Teing Barat sepanjang bulan Julai.

Laith al-Khalidi, 15 tahun, ditembak dari arah belakang oleh seorang penembak tepat dari sebuah menara pemerhati di sekatan tentera Atara di Ramallah pada 31 Julai.

Keluarga Muhammad Abu Latifa di kem pelarian Qalandiya di Ramalllah mendakwa bahawa beliau dibiarkan berdarah sehingga mati selepas ditembak. Dalam peristiwa pada 17 Julai itu, pihak tentera Zionis sebaliknya mendakwa remaja 19 tahun itu mati terjatuh ketika lari dikejar oleh tentera. Seorang lagi remaja dari kem tersebut, Muhammad al-Kasbeh, ditembak mati ketika membaling batu ke arah sebuah kenderaan tentera Zionis pada 3 Julai. Kamera keselamatan bagaimanapun membuktikan Kolonel tentera Zionis, Yisrael Shomer, menembak remaja tersebut ketika beliau sedang melarikan diri.

Muhammad Alawneh, 21 tahun, meninggal dunia pada 22 Julai selepas ditembak dengan peluru hidup di bahagian dadanya dalam satu serbuan tentera Zionis di Birqin, sebuah bandar di utara kota Jenin di Tebing Barat.

Falah Abu Maria, 52 tahun, telah ditembak di bahagian tengkuk dan dada sehingga terbunuh ketika mempertahankan anaknya yang ditembak di bahagian tulang punggung oleh tentera Zionis yang menceroboh masuk rumah mereka di perkampungan Beit Ommar di Al-Khalil pada awal pagi 23 Julai.

Korban termuda keganasan Zionis sepanjang tahun ini adalah Ali Dawabsha, 18 bulan. Bayi ini menjadi mangsa tindakan pendatang Yahudi membakar rumah keluarganya serta sebuah rumah lain di perkampugan Duma di utara Tebing Barat pada 31 Julai.

Tahanan Penjara

Pada awal bulan Julai, Zionis menahan seramai 5,442 orang awam dan ahli politik Palestin, di samping hampir 1,000 penduduk Palestin yang memasuki negara haram Zionis “secara haram,” menurut statistik pertubuhan hak asasi B’Tselem.

Sejurus selepas Khader Adnan dibebaskan pada 19 Julai setelah menjalankan mogok lapar selama 55 hari bagi memprotes tahanan tanpa dakwaan ke atasnya, parlimen Zionis meluluskan undang-undang bagi membenarkan paksaan memberi makan kepada tahanan politik Palestin yang menjalankan mogok lapar.
Seorang tahanan lain, Muhammad Allan, dilaporkan telah menjalankan mogok selama 48 hari, dan beberapa lagi turut menjalanakan mogok berterusan.

Setiausaha Agung Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan pelik dengan mendakwa bahawa kem pelarian Yarmouk tidak lagi termasuk senarai PBB sebagai kawasan yang terkepung di Syria, sungguhpun keadaan di kem tersebut tidak langsung berubah sejak bulan April lalu, bilamana beliau ketika itu menyifatkan kem tersebut sebagai “lingkaran neraka paling dalam.”

2 Julai - Seorang wanita Palestin menyidai basuhan berdekatan runtuhan rumahnya di Khan Younis di selatan Gaza yang musnah dalam serangan bom tentera Zionis pada musim panas tahun lalu.
2 Julai – Seorang wanita Palestin menyidai basuhan berdekatan runtuhan rumahnya di Khan Younis di selatan Gaza yang musnah dalam serangan bom tentera Zionis pada musim panas tahun lalu.
2 Julai - Penduduk Palestin memperingati setahun peristiwa pembunuhan Muhammad Abu Khudari, 16 tahun ketika dibunuh, yang diculik dari kejiranan Shuafat di Al-Quds Timur dan kemudiannya dibakar hidup-hidup oleh pelampau Yahudi sebagai serangan balas dendam terhadap "penculikan tiga pemuda Yahudi."
2 Julai – Penduduk Palestin memperingati setahun peristiwa pembunuhan Muhammad Abu Khudari, 16 tahun ketika dibunuh, yang diculik dari kejiranan Shuafat di Al-Quds Timur dan kemudiannya dibakar hidup-hidup oleh pelampau Yahudi sebagai serangan balas dendam terhadap “penculikan tiga pemuda Yahudi.”
3 Julai - Beberapa penduduk Palestin memanjat tembok pemisah Zionis di pekan al-Ram di kawasan Al-Quds dalam usaha mereka untuk mendirikan solat di Masjid al-Aqsa pada hari ketiga Ramadan.
3 Julai – Beberapa penduduk Palestin memanjat tembok pemisah Zionis di pekan al-Ram di kawasan Al-Quds dalam usaha mereka untuk mendirikan solat di Masjid al-Aqsa pada hari ketiga Ramadan.
3 Julai - Jenazah Muhammad al-Kasbeh, 17 tahun, diusung ke tanah perkuburan di kem pelarian Qalandiya di Ramallah. Kolonel tentera Zionis, Yisrael Shomer, menembak dan membunuh remaja tersebut ketika beliau sedang melarikan diri, sebagaimana dibuktikan oleh rakaman kamera keselamatan.
3 Julai – Jenazah Muhammad al-Kasbeh, 17 tahun, diusung ke tanah perkuburan di kem pelarian Qalandiya di Ramallah. Kolonel tentera Zionis, Yisrael Shomer, menembak dan membunuh remaja tersebut ketika beliau sedang melarikan diri, sebagaimana dibuktikan oleh rakaman kamera keselamatan.
3 Julai - Penduduk Palestin melintasi sekatan Qalandiya di bandar Ramallah untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa pada hari Jumaat ketiga dalam bulan Ramadan.
3 Julai – Penduduk Palestin melintasi sekatan Qalandiya di bandar Ramallah untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa pada hari Jumaat ketiga dalam bulan Ramadan.
8 Julai - Pejuang Briged al-Qassam berarak sempena memperingati ulang tahun serangan tentera Zionis. Foto askar Zionis yang terbunuh dalam serangan tersebut turut dipaparkan. Bulan lalu rejim Zionis memerintah supaya kes kehilangan dua rakyatnya di Gaza tidak dibicangkan.
8 Julai – Pejuang Briged al-Qassam berarak sempena memperingati ulang tahun serangan tentera Zionis. Foto askar Zionis yang terbunuh dalam serangan tersebut turut dipaparkan. Bulan lalu rejim Zionis memerintah supaya kes kehilangan dua rakyatnya di Gaza tidak dibicangkan.
16 Julai - Khader Adnan yang menjalankan mogok lapar selama 55 hari dalam tahanan penjara Zionis, di rawat di hospital Makassed di Al-Quds Timur dengan ditemani isterinya Randa, beberapa hari selepas dibebaskan.
16 Julai – Khader Adnan yang menjalankan mogok lapar selama 55 hari dalam tahanan penjara Zionis, di rawat di hospital Makassed di Al-Quds Timur dengan ditemani isterinya Randa, beberapa hari selepas dibebaskan.
18 Julai - Wanita Palestin menyambut hari kedua perayaan Aidilfitri dengan menikmati keindahan matahari naik di pantau Laut Mediterranean di Jaffa. Pihak berkuasa Zionis mengeluarkan ribuan permit kepada penduduk Palestin yang tinggal di wilayah Tebing Barat yang terjajah, bagi membenarkan mereka masuk wilayah negara haram Zionis sepajang tiga hari pertama Syawal.
18 Julai – Wanita Palestin menyambut hari kedua perayaan Aidilfitri dengan menikmati keindahan matahari naik di pantau Laut Mediterranean di Jaffa. Pihak berkuasa Zionis mengeluarkan ribuan permit kepada penduduk Palestin yang tinggal di wilayah Tebing Barat yang terjajah, bagi membenarkan mereka masuk wilayah negara haram Zionis sepajang tiga hari pertama Syawal.
19 Julai - Penduduk Gaza di taman rekreasi pada hari raya Aidilfitri.
19 Julai – Penduduk Gaza di taman rekreasi pada hari raya Aidilfitri.
13 Julai - Para jemaah bersolat pada malam lailatul qadr di luar Kubah as Sakhra' di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
13 Julai – Para jemaah bersolat pada malam lailatul qadr di luar Kubah as Sakhra’ di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
20 Julai - Penduduk Palestin meraikan majlis perkahwinan beramai-ramai yang ditaja oleh pertubuhan kebajikan untuk 150 pasangan di Beit Lahiya di utara Gaza.
20 Julai – Penduduk Palestin meraikan majlis perkahwinan beramai-ramai yang ditaja oleh pertubuhan kebajikan untuk 150 pasangan di Beit Lahiya di utara Gaza.
24 Julai - Aktivis Palestin dan antarabangsa berarak berdekatan perkampungan Susiya di al-Khalil bagi memprotes ugutan Zionis untuk meroboh kampung tersebut dan memaksa penduduknya berpindah keluar.
24 Julai – Aktivis Palestin dan antarabangsa berarak berdekatan perkampungan Susiya di al-Khalil bagi memprotes ugutan Zionis untuk meroboh kampung tersebut dan memaksa penduduknya berpindah keluar.
26 Julai - Wanita Palestin berdepan dengan polis Zionis di pintu masuk Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis setelah rejim Zionis menghadkan kemasukan penduduk Palestin ke masjid suci itu.
26 Julai – Wanita Palestin berdepan dengan polis Zionis di pintu masuk Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis setelah rejim Zionis menghadkan kemasukan penduduk Palestin ke masjid suci itu.
26 Julai - Penduduk Palestin memprotes keputusan UNRWA menghentikan khidmat mereka di Gaza. Bulan lalu, UNRWA memberi amaran bahawa kekurangan dana sebanyak US$101juta memaksa mereka menangguhkan sesi persekolahan di 700 buah sekolah yang menempatkan setengah juta pelajar di sekitar Timur Tengah.
26 Julai – Penduduk Palestin memprotes keputusan UNRWA menghentikan khidmat mereka di Gaza. Bulan lalu, UNRWA memberi amaran bahawa kekurangan dana sebanyak US$101juta memaksa mereka menangguhkan sesi persekolahan di 700 buah sekolah yang menempatkan setengah juta pelajar di sekitar Timur Tengah.
27 Julai - Ibu saudara Mohammad Abu Latifa bersedih semasa upacara pengkebumian di kem pelarian Qalandiya di Ramallah. Keluarganya mendakwa remaja tersebut ditembak dan dibunuh oleh tentera Zionis, yang sebaliknya mendakwa Mohammad meninggal dunia akibat terjatuh dari bumbung.
27 Julai – Ibu saudara Mohammad Abu Latifa bersedih semasa upacara pengkebumian di kem pelarian Qalandiya di Ramallah. Keluarganya mendakwa remaja tersebut ditembak dan dibunuh oleh tentera Zionis, yang sebaliknya mendakwa Mohammad meninggal dunia akibat terjatuh dari bumbung.
28 Julai - Sebuah keluarga di Rafah, Gaza terpaksa menggunakan lilin ketika malkan malam kerana bekalan elektrik terputus. Kebanyakan rumah di Gaza mendapat bekalan elektrik hanya beberapa jam dalam sehari.
28 Julai – Sebuah keluarga di Rafah, Gaza terpaksa menggunakan lilin ketika malkan malam kerana bekalan elektrik terputus. Kebanyakan rumah di Gaza mendapat bekalan elektrik hanya beberapa jam dalam sehari.
28 Julai - Pelajar University College of Applied Sciences di Gaza merayakan kejayaan mereka menamatkan pelajaran.
28 Julai – Pelajar University College of Applied Sciences di Gaza merayakan kejayaan mereka menamatkan pelajaran.
29 Julai - Pendatang Yahudi memerhati jentolak yang sedang merobohkan sebuah bangunan penempatan mereka di Beit El di Ramallah atas arahan sebuah mahkamah Zionis.
29 Julai – Pendatang Yahudi memerhati jentolak yang sedang merobohkan sebuah bangunan penempatan mereka di Beit El di Ramallah atas arahan sebuah mahkamah Zionis.
29 Julai - Ahli perniagaan dari Tebing Barat dan Gaza menghadiri satu mesyuarat di Gaza City. Delegasi seramai 115 ahli perniagaan mewakili sektor awam di Tebing Barat berkunjung ke Gaza bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
29 Julai – Ahli perniagaan dari Tebing Barat dan Gaza menghadiri satu mesyuarat di Gaza City. Delegasi seramai 115 ahli perniagaan mewakili sektor awam di Tebing Barat berkunjung ke Gaza bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
30 Julai - Wael al-Namla dan anaknya Sharif, kedua-duanya tercedera dalam serangan tentera Zionis pada musim panas 2014 di rumah mereka di Rafah. Siasatan bersama oleh Amnesty International dan Forensic Architecture mendapat bukti kukuh bahawa rejim Zionis telah melakukan jenayah perang dalam serangan tersebut.
30 Julai – Wael al-Namla dan anaknya Sharif, kedua-duanya tercedera dalam serangan tentera Zionis pada musim panas 2014 di rumah mereka di Rafah. Siasatan bersama oleh Amnesty International dan Forensic Architecture mendapat bukti kukuh bahawa rejim Zionis telah melakukan jenayah perang dalam serangan tersebut.
30 Julai - Mahmoud Abu Amra disambut oleh ahli keluarganya di Deir Balah, tengah Gaza selepas dibebaskan dari penjara Zionis. Mahmoud dipenjara selama 12 tahun apabila dijatuhkan bersalah menjadi ahli pasukan bersenjata Fatah dan mengambil bahagian dalam menentang tentera Zionis.
30 Julai – Mahmoud Abu Amra disambut oleh ahli keluarganya di Deir Balah, tengah Gaza selepas dibebaskan dari penjara Zionis. Mahmoud dipenjara selama 12 tahun apabila dijatuhkan bersalah menjadi ahli pasukan bersenjata Fatah dan mengambil bahagian dalam menentang tentera Zionis.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts