[Foto] Zionis Halang Jemaah Masuk Al-Aqsa, Ribuan Solat Di Atas Jalan

AL-QUDS, 26 Sept 2014 (Ma’an) — Ribuan penduduk Palestin terpaksa menunaikan solat Jumaat di atas jalan di sekitar kota lama al-Quds apabila mereka dihalang daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa.

Tentera Zionis menutup semua jalan menuju ke kota lama di sekitar Jerusalem menggunakan sekatan besi dan kereta polis. Helikopter juga digunakan untuk mengawal pergerakan penduduk Palestin. Hanya dua pintu masuk ke Masjid al-Aqsa dibuka.

Para jemaah terpaksa menunaikan solat berhampiran sekatan polis di Ras al-Amud, Wadi al-Joz, Saladin Street dan lorong-lorong menuju ke al-Aqsa. Polis Zionis turut menembak stun grenad selepas para jemaah selesai menunaikan solat di Ras al-Amud.

Terdahulu, penduduk Islam dihalang memasuki masjid suci itu pagi Selasa lalu menjelang sambutan perayaan Rosh Hashanah iaitu tahun baharu Yahudi.

Para jemaah hanya dibenarkan memasuki semula masjid pada hari Rabu, tetapi ketegangan yang berlaku menyebabkan 15 orang Palestin tercedera ditembak dengan peluru getah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts