Gabenor al-Quds: Zionis rancang roboh al-Aqsa dalam tempoh 3 tahun

AL-QUDS, 22 Ogos 2016 (PIC) — Gabenor Palestin di al-Quds, Adnan al-Husseini, menyatakan bahawa serangan membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 masih berterusan sehingga ke hari ini, kerana pihak penjajah tidak pernah menghentikan jenayah mereka.

Pembakaran yang merosakkan 25% hingga 30% kawasan tenggara tapak suci umat Islam itu bukan suatu serangan oleh seorang individu sahaja, bahkan melalui satu perancangan yang sistematik.

Menurut Adnan serangan pembakaran itu kini bertukar dalam bentuk yang berbeza, termasuk penggalian di bawah masjid, penahanan dan pembunuhan penduduk Palestin di perkarangan masjid, memberi laluan kepada pencerobohan masuk ke dalam masjid oleh pelampau Yahudi, dan pemusnahan rumah penduduk Palestin di al-Quds yang terjajah.

Pencerobohan kumpulan fanatik Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa bermula pada tahun 2000 dan kemudiannya meningkat secara ketara, bagi tujuan mengambil alih tapak suci itu.

Dalam langkah seterusnya, pihak berkuasa rejim beberapa hari lalu mengisytiharkan bahawa Masjid al-Aqsa akan dirobohkan dalam tempoh tiga tahun bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Sulaiman.

“Kegagalan dalam menyelesaikan isu Palestin sehingga ke hari ini menunjukkan perjuangan Palstin diabaikan dan kurangnya kesedaran terhadap permasalahan Palestin secara menyeluruh serta bahaya yang sedang dihadapi oleh al-Aqsa,” kata Adnan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts