RAMALLAH, 28 Ogos 2016 (Maan) — Yara al-Sharabati, 18, hari ini buat pertama kali dalam hidupnya dapat mendakap ayahnya Ayman al-Sharabati, 49, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dalam penjara Gilbao.
Gadis dari al-Quds Timur itu baru-baru ini diberi kebenaran melawat ayahnya, yang tidak dibenarkan dilawati sejak tiga tahun lalu. Ayahnya ditahan sejak sebelum beliau dilahirkan.
Ayman al-Sharabati ditahan 6 May 1998 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan terlibat dalam Briged Syuhada al-Aqsa, sayap tentera parti Fatah, dan melakukan serangan di al-Quds yang menyebabkan kematian seorang pendatang Yahudi dan mencederakan seorang lagi.