Gaza dilanda banjir apabila Israel melepaskan air empangan

Israel bertindak membuka pintu pagar banjir (floodgate) di salah satu empangan di bahagian timur Gaza, menyebabkan banjir melanda kawasan perumahan rakyat Palestin.

Pihak berkuasa Israel membuka pintu di empangan yang dipanggil “Lembah Gaza” tanpa memberi sebarang amaran awal, mahupun sebarang koordinasi dengan pihak bertanggungjawab di Gaza, menurut laporan Press TV lewat Isnin semalam.

Dilaporkan hujan lebat telah turun di daerah berkenaan sejak 24 jam sebelumnya. Empangan tersebut tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang terlalu banyak, dan Israel bertindak membuka pintu empangan tanpa memberi sebarang amaran.

Kedudukan Gaza di kawasan rendah dan mencerun ke arah Laut Mediteranean menyebabkan air membanjiri dua buah kampung, Johr al-Deek di sebelah tenggara dan Nusirat di sebelah timur. Ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tragedi ini. Di kampung Nusirat juga terletaknya kem pelarian Al-Nusirat.

Menurut laporan Press TV lagi, ramai penduduk dilaporkan terperangkap di dalam rumah dan juga di atas bumbung, manakala ramai yang lain lagi dilaporkan hilang. Pasukan penyelamat menggunakan bot-bot kecil untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Di beberapa kawasan, air banjir mencecah ketinggian sehingga 5 meter.

Jurucakap kerajaan Palestin di Gaza, Sami Abu Zuhri, mendakwa Israel sengaja membuka pintu empangan tersebut, menyebabkan banjir tersebut berlaku. Ini merupakan satu lagi jenayah secara terangan Israel ke atas rakyat Gaza dan harta mereka, dalam usaha Zionis untuk terus menyiksa rakyat Gaza yang sekian lama ditindas dan dipisahkan dari dunia luar.

Tindakan Israel ini semakin menyukarkan kehidupan penduduk Gaza, terutama mereka yang masih lagi terpaksa tinggal di dalam khemah akibat kemusnahan tempat tinggal yang dihancurkan tentera Israel sepanjang serangan “Operation Cast Lead” lebih setahun lalu.

Dalam serangan tersebut, 1400 orang terkorban secara lansung, kebanyakannya wanita dan anak-kanak. Lebih 10,000 buah rumah musnah atau rosak teruk, menyebabkan sekurang-kurangnya 5,000 keluarga terpaksa berteduh di dalam khemah. [mn/Press TV]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts