Gaza memulakan persekolahan dengan serba kekurangan

Anak-anak sekolah di Jalur Gaza, Palestin, memulai tahun persekolahan baru dengan situasi yang memprihatinkan. Mereka terpaksa bersekolah dalam ruangan yang sudah padat dan tanpa perlengkapan yang cukup dan selesa.

Situasi ini terjadi kerana sekitar 300 bangunan sekolah rosak atau hancur akibat serangan Israel ke Gaza, akhir tahun lalu. Selatan Israel juga menyebabkan sekolah-sekolah tidak memiliki akses mendapat alat belajar dan bahan-bahan untuk memperbaiki bangunan dan infrastruktur sekolah.

Laman stesyen televisyen al-Jazeera pada 23 Ogos lalu memberitakan bahawa pelajar sekolah Umar Khattab terpaksa bergantian menggunakan kelas untuk belajar, alasannya bangunan sekolah masih rosak.

Kaca-kaca jendela belum diganti dan ini akan mengganggu pelajar saat musim dingin tiba. Pemerintah khuatir kekurangan ini dapat mempengaruhi kualiti pendidikan.

Pemerintah Gaza juga telah memutuskan untuk tidak lagi mengharuskan pelajar menggunakan seragam sekolah. Ummu Hisham, warga Gaza mengatakan keputusan ini sangat membantu, terutama menjelang Idul Fitri kerana majoriti kami miskin dan tidak upaya untuk membeli pakaian seragam sekolah.

“Saya memiliki tujuh anak, bagaimana mungkin saya mampu membeli pakaian seragam yang sangat mahal? Seluruh warga Gaza menderita,” kata Hisham.

Namun Menteri Pendidikan pemerintahan Hamas, Muhammad Askol optimis bahawa penduduk Palestin di Gaza mampu menghadapi rintangan dalam pendidikan. “Kami terbiasa mengatasi masalah, saya yakin saat ini kami memiliki kemampuan untuk terus maju,” ujar Askol.(viva/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts