Gaza sambut Ramadan dalam krisis-krisis berat

GAZA, 23 Mei 2017 (PIC) — Sudah menjadi kebiasaan penduduk Gaza menyambut Ramadan dengan berbagai krisis kehidupan. Bahkan krisis yang mereka hadapi semakin meruncing dari hari ke hari, sehingga ke tahap merbahaya dan mengancam nyawa mereka.

Umumnya kita maklum bahawa Gaza disekat sejak 11 tahun lalu, di mana pintu-pintu sempadan ditutup ketat, bahan makanan dan ubat-ubatan tidak boleh dibawa masuk, dan pesakit tidak dibenarkan keluar mendapatkan rawatan. Mereka turut dilanda krisis pengangguran dan kemiskinan.

Namun krisis yang paling mendasar adalah masalah bekalan elektrik, air dan gaji.

Krisis gaji
Menjelang tibanya Ramadan, Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, mengeluarkan ugutan untuk memberi tekanan kepada Hamas yang mentadbir wilayah Gaza dengan mengambil langkah-langkah yang mengejutkan, kononnya untuk menghentikan perpecahan.

Langkah utama Abbas adalah mengurangkan gaji 50% pegawai PA di Gaza, iaitu seramai 390 orang. Langkah ini membawa kesan buruk kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial.

Krisis gaji dan pemotongan gaji tercetus apabila usaha perdamaian Fatah dan Hamas tidak berjaya. Sebanyak 50% gaji pegawai di Gaza dipotong sejak lebih tiga tahun lalu.

Krisis bekalan elektrik
Penjana elektrik di Gaza tidak dapat beroperasi sejak 40 hari lalu kerana kehabisan bekalan minyak yang disumbangkan oleh Qatar dan Turki. Di tengah-tengah krisis, pemerintah Palesti di Ramallah mengenakan cukai ke atas bekalan minyak ini.

Keadaan menjadi semakin parah apabila saliran elektrik dari negara Zionis dan Mesir juga dihentikan. Paling lama, penduduk Gaza dapat menikmati bekalan elektrik hanya selama empat jam sehari.

Buat pertama kali dalam sejarah wilayah Gaza mengalami krisi bekalan elektrik dalam tempoh yang begitu lama. Ia sekaligus memberi indikasi bahawa mereka akan melalui bulan Ramadan dengan penuh kepayahan.

Krisis bekalan air
Sumber dan bekalan air di Gaza kini dalam bahaya, samada dari segi kuantiti mahupun kualitinya. Gaza memerlukan air sebanyak 220juta meter persegi setiap tahun.

Dengan sifat air laut Gaza yang terlalu masin, usaha penyulingan untuk dijadikan air minum semakin berkurangan. Tambahan pula, masalah bekalan elektrik menyebabkan mesin dan pam air tidak dapat beroperasi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts