Gencatan Senjata Harus Membawa Kepada Pembebasan Gaza Dari Sekatan

PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA-HAMAS-MESHAALDOHA, 11 Ogos 2014 (Maan) — Gencatan senjata yang berkekalan mestilah membawa kepada pembebasan wilayah Gaza daripada sekatan rejim Zionis.

Dalam satu temubual di Doha, pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata gencatan senjata sementara selama 72 jam merupakan salah satu cara untuk memastikan rundingan berjalan dengan lancar, di samping memberi laluan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. “Matlamat akhir kami adalah untuk mendesak semua tuntutan rakyat Palestin dipenuhi dan Gaza bebas tanpa sekatan,” kata beliau.

“Kami tetap dengan tuntuan ini. Sekiranya pihak Zionis melanggari persetujuan atau meneruskan pencerobohan, Hamas siap sedia bersama kumpulan pejuang lain untuk melawan mereka di medan dan juga melalui jalan politik… untuk hadapi semua kemungkinan,” sambung Khaled.

Kenyataan Khaled, yang tinggal dalam buangan di Doha, dibuat setelah pihak perungding Palestin dan Zionis bersetuju terhadap gencatan senjata selam 72 jam bermula tengah malam Ahad.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts