HALUAN Palestin Ziarah Rakan NGO di Indonesia

30 Jun 2011, Jakarta — Sempena Konferens Asia-Pasifik Bagi Palestin di Jakarta dari 29hb hingga 30hb Jun baru lalu, wakil-wakil Biro HALUAN Palestin telah mengadakan ziarah silaturrahim ke pejabat rakan-rakan NGO yang bekerjasama dalam projek-projek bantuan kepada rakyat Palestin. NGO yang diziarahi dalam kesempatan ini adalah MER-C Indonesia, Sahabat Al-Aqsa, KISPA dan Hidayatullah.

Ketua Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina (KISPA) Ustaz Ferry Nur begitu terharu menyambut Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan, bersama seorang lagi wakil HALUAN. Dalam perbualan beliau, Ustaz Ferry Nur melahirkan rasa-hati betapa perlunya bagi sesebuah pertubuhan atau NGO memikul amanah rakyat Palestin dengan bersungguh-sungguh dan penuh telus. Bagi pihak KISPA, mereka menyerahkan setiap sumbangan masyarakat untuk rakyat Palestin dalam kadar segera tanpa berlengah. Tidak satu rupiah sekalipun disimpan atau diguna walaupun untuk tujuan pengurusan dana bantuan tersebut.

Di pejabat MER-C Indonesia pula, wakil-wakil HALUAN telah disambut oleh Ketua MER-C, Dr Yogi Prabowo, dan pengasas organisasi tersebut, Dr Joserizal Jurnalis, bersama-sama kakitangan lain. Turut hadir adalah dua relawan kapal Mavi Marmara, Dr Arief Rachman dari MER-C dan Surya Fachrizal, wartawan Hidayatullah. Surya merupakan seorang mangsa yang tercedera ditembak tentera zionis dalam kejadian serangan ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei tahun lalu.

Pihak MER-C Indonesia telah memberi penjelasan mendalam tentang perkembangan projek pembinaan Rumah Sakit Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza. Kedua-dua pihak telah mengusulkan beberapa bentuk kerjasama dalam menjayakan projek ini di peringkat operasi kelak.

HALUAN, MER-C Indonesia, KISPA dan Sahabat Al-Aqsa sebelum ini turut bekerjasama mendirikan sebuah klinik gigi di kem pelarian Palestin di Damaskus. Klinik yang akan dikendalikan oleh 5 orang doktor gigi itu akan memberi khidmat kepada lebih 300 ribu pelarian Palestin di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di sekitar Damaskus.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts