Hassan Salama, pemimpin Brigade Al Qassam, sayap ketenteraan HAMAS, yang sekarang menjadi tahanan Israel, mengatakan bahawa bagi tahanan HAMAS, lebih baik mati daripada terus tunduk kepada Israel.
Kenyataan ini merupakan isyarat jelas yang telah diberikan oleh semua anggota HAMAS yang ditangkap Israel dan dipenjarakan. Kelompok mereka ini juga dipaksa mengenakan baju khas tahanan yang berwarna oren.
Hassan Salama yang telah dihukum penjara selama 48 tahun oleh penghakiman Israel, mengatakan bahawa semua tahanan HAMAS biasanya dibunuh dalam kegelapan penjara oleh tentara Zionis Israel. HAMAS dan semua gerakan pembebasan di dunia akan terus istiqamah memerangi penjajahan Israel. Dan HAMAS tidak akan pernah menyerah atau kecewa dengan perjuangan mereka.” ujarnya. (sa/imra)