Al-Aqsa dalam bahaya, pelbagai pihak semakin gelisah atas tindakan penjajah Israel yang mencabul kesucian Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu.
Justeru, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, pada Isnin (28/9), menyeru agar Jawatankuasa Al Quds Organisasi Konferensi Islam (OKI) yang dipimpin oleh Raja Moroko untuk mengadakan pertemuan segera bagi mengambil keputusan yang bertanggung jawab untuk melindungi Masjid Al-Aqsa.
Serangan-serangan keji yang ditujukan ke Masjid suci Al-Aqsa memerlukankan tindakan segera akan kejelasan mekanisme yang berlaku bagi masyarakat Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid tersebut dan kota suci Jerusalem, tegas Haneyya yang ditujukan kepada Raja Maroko.
“Ada bahaya yang mengancam dari segala arah dan jika bangsa Arab dan Muslim tidak segera mengambil tindakan maka dikhuatirkan pengaruh pendudukan akan semakin lebih jauh selangkah demi selangkah mempengaruhi keadaan masa kini dan masa depan masjid serta keberadaannya,” tambah Haneyya.
Perdana Menteri Haneyya juga pada 28 Sept lepas telah menghubungi Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OKI, dan memohon beliau agar menerbitkan sebuah rencana komprehensif demi mempertahankan kota Jerusalem yang dicerobohi. (mirzah/pic)