Hares Boys dihukum penjara 15 tahun

SALFIT, 14 Dis 2015 (AIC) — Sebuah mahkamah tentera Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak 30,000 shekel (RM32,900) yang perlu dijelaskan sebelum 28 Januari 2016 ke atas setiap Hares Boys. Kegagalan membayar denda tersebut boleh menyebabkan hukuman penjara mereka dilanjutkan selama 10 tahun lagi.

Pada 26 November 2015, mahkamah tersebut telah mendakwa remaja Palestin Ali Shamlawi, Mohammed Kleib, Mohammed Suleiman, Ammar Souf dan Tamer Souf membunuh pendatang Yahudi. Mereka telah ditahan di dalam penjara dewasa sejak 32 bulan lalu.

Mereka ditangkap pada bulan Mac 2013 apabila seorang pendatang Yahudi yang menaiki sebuah kenderaan bersama tiga anak perempuannya melanggar sebuah trak yang berhenti di Route 5. Seorang anak pendatang Yahudi itu mati dan selainnya mengalami cedera parah.

Walauoun pemandu trak berkenaan pada asalnya memberi keterangan bahawa beliau terpaksa berhenti di tepi jalan kerana tayar kenderaannya bocor, beliau kemudiannya mendakwa melihat batu-batu di atas jalan arah bertentangan.

Seorang pegawai kanan tentera Zionis mendakwa bahwa serama 20 pemandu Yahudi membuat tuntutan insuran kerana kereta mereka dibaling dengan batu di Route 5 pada hari kejadian. Namun tidak seorangpun daripada mereka menghubungi pihak polis.

Tidak ada seorang saksi sekalipun yang menyaksikan batu dibaling dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihak Zionis menganggap kemalangan tersebtut sebagai satu serangan pengganas dan kemudian menggempur masuk kawasan perkampungan Hares yang berdekatan. 19 remaja ditangkap, semuanya berumur 16 dan 17 tahun.

Selepas mengurung setiap mereka secara berseorangan dan menafikan hak proses perundangan sehingga beberapa minggu, rejim Zionis membebaskan semua yang ditangkap kecuali lima orang, dengan mendakwa mereka telah mengaku bersalah.

Namun semua remaja terbabit serta keluarga mereka mendakwa bahawa mereka telah dipukul dan diugut serta dipaksa mengaku bersalah.

Sejarah sistem kehamikan Zionis menunjukkan 99.7% daripada penduduk Palestin yang kenakan tuduhan dijatuhkan hukuman bersalah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts