Hospital al-Quds – satu dari sebilangan kecil hospital yang masih berfungsi – dimusnahkan Israel

15 Januari – Ketika hari masih terlalu awal, tentera Israel yang telahpun menakluk dan menduduki kawasan Tel el Hawa mula membedil dan mengebom hebat hospital al Quds dan bangunan apartmen dan kedai-kedai di sekelilingnya. Penduduk yang tinggal di kawasan sasaran terbaru ini bergegas lari menyelamatkan diri, membawa nasib bersama-sama mereka yang sebelum ini terpaksa berpindah, berlindung di rumah-rumah saudara mara – jika bernasib baik, atau di sekolah-sekolah – jika terpaksa. Pasukan perubatan dan sukarelawan di hospital tersebut melaporkan sekurang-kurangnya 150 panggilan bantuan tidak dapat disambut kerana pergerakan mereka terhad sebab kehadiran kereta-kereta kebal dan penembak-penembak tepat di luar bangunan.

hosp-aqsa-0Seorang sukarela perubatan bernama Mohammed, melaporkan: “Israel menembak ke arah siapa saja yang meninggalkan rumah mereka.”

Sharon, seorang pendokong hak kemanusiaan antarabangsa, menceritakan bagaimana letupan kuat disasarkan pada awal pagi. “Kira-kira jam 10 pagi, roket jatuh di luar pejabat berhampiran unit pediatrik yang menempatkan bayi-bayi dalam inkubator. Kemudian datang roket kedua sejurus selepas itu di tempat yang sama, menyebabkan kebakaran.” Beliau juga menyebut dua lagi letupan kedengaran, yang kemudiannya didapati menyebabkan kebakaran sehari suntuk di pusat simpanan.

“Ada satu keluarga ketakutan untuk tinggal di dalam rumah, hanya berdiri di luar hospital al Quds,” kata Sharon lagi. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun tiba-tiba terjatuh apabila peluru penembak tepat dari jarak jauh, menepati badannya. Kanak-kanak malang itu kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Shifa.

hosp-aqsa-3hosp-aqsa-1Ambulan dari bandar Gaza dan Jabaliya dipanggil pada jam 10:30 malam supaya segera ke hospital al Quds yang terbakar untuk menyelamatkan pesakit yang masih berada di dalam bangunan. Ratusan pesakit dihalang oleh kereta-kereta kebal dan penembak tepat Israel daripada berpindah ke tempat yang lebih selamat. Hampir 11 malam, ambulan kami tiba. Suasana di situ begitu kecoh, kenderaan dan pegawai perubatan berebut-rebut untuk cuba memadatkan pesakit-pesakit ke dalam ambulan sebelum memecut ke Shifa, yang penuh sesak dengan pesakit, dan sekarang semakin penuh sesak dengan ambulan dan pesakit yang baru tiba. Angkut, tinggalkan, pecut semula di atas jalan yang tidak langsung sesuai untuk kegunaan kenderaan, apa lagi bagi ambulan-ambulan yang berkejaran pergi dan balik. Angkut, pecut lagi, tinggalkan…. Beberapa kenderaan berjaya mengeluarkan pesakit, di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu lebih lama diusung dengan katil dan strecer dalam jarak dua bangunan daripada kebakaran, tetapi masih terdedah kepada kereta-kereta kebal dan penembak tepat jarak jauh. Tiba-tiba kami dapat merasakan kehadiran bahaya tembakan dan serangan bom. Tapi pasukan perubatan bertindak membantu dulu, dan cuma bimbang tentang semua bahaya itu (secara sedar) kemudian nanti. Kegelapan, jalan-jalan yang rosak, kesesakan, kecemasan, kesejukan… suatu kesukaran yang menggila, tapi alhamduliLlah berjaya. Tapi ianya masih tidak masuk akal saya: hospital tersebut sudahpun bertungkus lumus untuk merawat pesakit sedia ada dan kemasukan berterusan mereka yang tercedera, seperti mana-mana hospital di Gaza sekarang. Serangan berterusan, tidak tahulah bagaimana ianya boleh berterusan… setakat 30 minit lalu, 1,199 orang telah terkorban. Mungkin sekarang lebih ramai lagi, selepas sebuah lagi sekolah PBB dibom. Dalam keadaan hospital dan pegawai perubatan bertungkus lumus membantu, dalam keadaan serba kekurangan itu, Israel terus meningkatkan lagi penderitaan, cabaran kepada perubatan, peluang untuk terus hidup dan kewarasan manusia. Israel memusnahkan hospital ini, dan membuatkan kami berlumba-lumba untuk menyelamatkan mereka yang sudahpun tercedera, sudahpun hampir kepada kematian. Jadi sekarang kami rasa lega… kerana mereka yang kami ‘selamatkan’ dari bahaya dapat sekali lagi diselamatkan. Tapi kami tetap mengharungi rintangan, sekali lagi dan lagi, dalam pergelutan harian.

hosp-aqsa-4hosp-aqsa-5hosp-aqsa-6hosp-aqsa-7hosp-aqsa-8hosp-aqsa-9hosp-aqsa-10Keesokannya, ketika meninjau kemusnahan akibat serangan dan tembakan, Haithem menceritakan bagaimana dia bersama seorang sukarelawan perubatan cuba menyelamatkan seorang lelaki yang ditembak dan cuba bergerak ke hospital al Quds dari arah apartmen yang dikepung. Mulanya penembak tepat daripada tingkat atas sebuah bangunan yang lebih tinggi menembak badannya, dua kali. Bila dia terjatuh, Haithem dan rakan perubatannya menjerit dan bergerak ke arah lelaki tersebut, dan hampir dapat mencecah lelaki tersebut. Penembak berkenaan sekali lagi menembak, kali ini terkena kaki lelaki tersebut dan menyebabkan mereka lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan menggelabah akibat tembakan itu, dan kebakaran di beberapa bangunan hospital al Quds, dan pemindahan ratusan pesakit dan mereka yang tercedera, Haithem tidak dapat mengesan lelaki malang tadi. Haithem percaya, dengan kaki dan badan yang tercedera, dan halangan daripada mendapatkan rawatan, kecederaan lelaki tersebut sudah tentu boleh membawa kematian.

Serangan Israel terkena hospital al Quds, bangunan pusat kebudayaan yang bersebelahan, dan pusat operasi Red Crescent. Dalam semua kes, kerosakan adalah teruk, menyedihkan. 2 buah ambulan, kereta, dan seluruh bangunan berkenaan musnah. Sukar sekali untuk mencari kawasan berdekatan yang tidak terkena, terbekas atau terbakar akibat serangan. Pusat kebudayaan, persis sebuah pusat pemulihan yang berprestij, mempunyai sebuah pawagam, bilik sauna, bilik-bilik seminar, dan lukisan-lukisan yang menarik di dinding-dinding. Sebilangan lukisan yang hangus dan candelier yang berkecai seakan memberi kehormatan kepada keindahan pusat tersebut suatu masa dulu.

Di luar pusat operasi Red Crescent, kerangka dua buah ambulan, remuk, musnah. Bauan busuk bahan kimia, kumbahan dan sampah mencemarkan udara. Api masih membakar bangunan simpanan. Balang-balang oksigen yang kosong dan peralatan yang musnah dapat dilihat dalam sisa-sisa bangunan dan barangan yang hangus.

hosp-aqsa-11hosp-aqsa-12hosp-aqsa-13Penderitaan yang bertidih-tindihan. Sebelum serangan, mereka dikepung sepenuhnya, sehingga tidak ada tempat untuk bersuka-ria. Taman permainan Barcelona adalah satu daripadanya. Ia adalah kawasan hijau, sebuah oasis dalam bandar yang sibuk. Selepas kereta-kereta kebal musnahkan semuanya, taman Barcelona menjadi kubang trek kereta kebal dan sisa-sisa kemudahan yang rosak.

Di taman Barcelona, dalam daerah Tel al Hawa, orang ramai cuba memulihkan peniggalan serangan kereta kebal semalam. Ada yang membersihkan runtuhan dan sisa-sisa rumah, kedai dan kereta; ada yang meninjau runtuhan pusat Red Crescent, peralatan dan perubatan yang terbakar dan berbara; ada yang duduk beramai-ramai di atas tangga apartmen, hanya melihat atau tidak lagi dapat mengingati keadaan sebelum semua kemusnahan ini. Berapa banyak kenangan yang dimusnahkan oleh serangan ini? Berapa serius kita berfikir tentang kesan psikologi ke atas kemanusiaan akibat serangan ke atas mereka yang terkepung ini?

Dan kira-kira pukul 3 petang, walaupun keadaan agak sunyi, derungan enjin kereta kebal masih terus kedengaran, dan tembakan bermula kembali.

Sekarang, dalam saya menamatkan laporan ini, dikatakan serangan telah dilancarkan tepat ke sebuah lagi sekolah PBB di Beit Lahia. Laporan terkini menyebut bahawa ianya diserang oleh roket, kemudiannya dibom dengan fosforus sebanyak dua kali. Dua disahkan mati, semuanya kanak-kanak. Ramai, terlalu ramai lagi tercedera teruk, kehilangan anggota badan dan juga terbakar.

Gerai buah-buahan, dalam perjalan pulang dari hospital al Quds. Gerai yang tidak seberapa, untuk mereka yang berpendapatan rendah. Harap-harap peniaganya tidak berada di gerai tersebut ketika diserang.
Gerai buah-buahan, dalam perjalan pulang dari hospital al Quds. Gerai yang tidak seberapa, untuk mereka yang berpendapatan rendah. Harap-harap peniaganya tidak berada di gerai tersebut ketika diserang.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts