Hospital Enggan Serah Rekod Pesakit

AL-QUDS, 29 Okt 2015 (Maan) — Pihak pentadbiran Hospital Al-Makassed enggan menyerahkan rekod pesakit Palestin kepada tentera Zionis. Pasukan khas tentera Zionis menceroboh masuk pada hari Selasa dan Rabu dan dikerahkan ke seluruh kawasan hospital sambil mengherdik para pesakit dan pekerja, sebelum mendesak supaya diserahkan rekod rawatan seorang pemuda Palestin yang telah ditembak dan dirawat di situ.

Pengarah Hospital Al-Makassed, Rafis al-Hussieni, desakan tentera Zionis tersebut dibuat tanpa kebenaran dari pihak mahkamah. “Bukan tugas kami untuk memberi maklumat tentang siapa yang datang mendapatkan di sini, atau mengambil sebarang maklumat peribadi. Tugas kami adalah membantu mereka dan memberi rawatan,” kata beliau.

Tambah beliau, kadang-kadang pihak hospital memberi rawatan kepada pesakit tanpa mengambil sebarang maklumat atau membuka fail rekod mereka.

Persatuan pekerja hospital mengecam sikap masyarakat antarabangsa yang berdiam diri ke atas apa yang sedang berlaku di Al-Quds, termasuklah kejahatan mereka di Masjid Al-Aqsa, memisahkan kawasan kejiranan Palestin dan menambah sekatan-sekatan pemeriksaan jalan di seluruh kota tersebut.

Awal bulan ini, pasukan khas tentera Zionis yang berpakaian preman seperti penduduk Palestin telah menahan seorang pesakit Palestin setelah menceroboh masuk ke Hospital Al-Arabi di Nablus. Manakala pada pertengahan bulan, mereka menahan sebulan ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah dan menculik pesakit yang dibawa untuk mendapatkan rawatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts