Ibu Ditangkap Ketika Ziarah Anak Dalam Tahanan

AL-QUDS, 4 Mac 2015 (Silwanic) — Rejim Zionis menangkap Amal MAhmoud Hasan Shawish, 48 tahun, ketika menziarahi anaknya dalam tahanan di Penjara Gurun Naqab.

Ketua Jawatankuasa Tahanan dan Keluarga Tahanan, Amjad Abu Asab, dalam kenyataannya menyebut bahawa ibu Mohammad Shawish ditangkap kerana membawa telefon bimbit, yang dijumpai ketika diperiksa sebelum menziarahi anaknya.

Keluarga Shawish tinggal di Bab Hutta di Kota Lama al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts